Ahad, 23 Jun 2013

MUATAN MELEBIHI HAD DIBENARKAN,,KENAPA DAN MENGAPA?

           Sering kita mendengar berita mengenai kesalahan yang dilakukan oleh pemandu lori berat antara kesalahan yang sering kita dengar adalah “MUATAN BERLEBIHAN”yang ni kenderaan tersebut menbawa muatan melebihi hat yang dibenarkan,yang tertulis dalam permit kenderaan tersebut.jadi untuk mengetahui kenapa dan mengapa kesalahan ini sering berlaku siapa yang salah?


1)  Had yang dibenarkan oleh kerajaan adalah tidak munasabah , ok disini saya akan menceritakan prihal lori dari Perlis ke Perai dan sebaliknya untuk satu hala,contoh bagi lori penghantar gula dari Kilang gula felda Perlis (KGFP) ke Perai menggunakan lori tayar 12 seperti mana gambar muka hadapan Blog lori kita,lori bersaiz begini dibenarkan membawa 19 ke 20 tan sahaja

2) Apabila sesebuah lori membawa 20 tan ini bererti tidak melepasi paras dibenarkan,jom kita kira perolehan yang dapat
Upah pengangkutan pada jarat Perlis ke Prai adalah sekitar RM 18.50/tan jadi pengusaha akan dapat RM 370.untuk sampai kedistinasi masih banyak kos yang perlu antaranya
Upah naik barang RM 10
Minyak                    RM 150
Tol                            RM 28.90
Upah turun             RM 60 (RM 3/Tan)
Upah pemandu     RM 74 (20% dari kadar sewa lori)
Cukai jalan untuk 1 hari RM 16 (sebulan sekitar RM480)
Bayar sewa beli    RM 100 ( melebihi RM 3000/bulan)
Jumlah RM 438.9 ini masih tidak di tolak insuran kenderaan lagi yang mencecah RM 7000 setahun. Sebelum ditolak sudah mengalami kerugian sebanyak RM RM 68.90.apatah lagi ditolak dan diambil kira kerosakan peralatan.kenderaaan.


3) Bagi mengelak kerugian para pengusaha akan menyuruh pemandu mengisi barang yang  melebihi hat,pada kebiasaan lori bersaiz tayar 12 akan mengisi gula sebanyak 33tan.untuk mengimbangi keuntungan.
4) Cuba difikirkan dan direnung dengan teliti apakah undang –undang itu membela atau menekan?atau sememangnya undang –undang itu bertujuan  untuk  dilanggari?
5) Disini ingin saya syorkan pada pihak berwajib agar meneliti kembali had muatan kenderaan berat  agar pengusaha tidak ditekan,dan saya juga mengesorkan agar had ini dinaikkan pada kadar berpatutan contoh lori bersaiz tayar 12 yang sebelum ini Berat dengan muatan (BTM
30,000kg ke 40,000kg )sekiranya ini berlaku saya pasti masaalah ini akan selesai,

6) Sepatutunya pihak berwajib perlu berbincang  dengan pengusaha atau indevidu yang mengetahu prihal pengagkutan sebelum dilaksanakan satu-satu akta atau undang –undang  bagi kenderaan.
Pernahkah pihak berwajib membuat perjumpaan dengan pengusaha atau pemandu kenderaan berat untuk mengetahui duduk perkara sebenar?tetapi undang –undang yang di cipta berdasarkan kajian atas kertas dan para pembuat dasar langsung tidak mempunyai pengalaman dalam hal kenderaan,jangan dikata untuk memandu lori untuk nak menukar tayar kereta pun mereka tidak tahu bagai mana boleh mereka membuat dasar?sebagai contoh pengurusi  suruhanjaya pengangkutan awam darat(SPAD) sepatutnya dari golongan mereka yang pernah melalui dan berpengalaman dalam hal kenderaan berat,baru dapat menyelesaikan masaalah.


Sampai disini dahulu dan akan kembali lagi dengan ketidak puasan hati yang lain……………..

Wasalam……………

Tiada ulasan:

Catat Ulasan